Sri Lanka menaikkan tarif elektrik sehingga 264 peratus, kenaikan mendadak yang pertama dalam tempoh sembilan tahun dalam usaha mendapatkan semula sebahagian daripada kerugian terkumpul berjumlah USD 616 juta.<br /><br />Ceylon Electricity Board (CEB), syarikat monopoli diuruskan kerajaan memohon kenaikan tarif lebih tinggi melebihi 800 peratus, tetapi pengawal selia mengehadkannya kepada maksimum 264 peratus.
